Archive

Archive for July 9, 2009

Kebangkitan dan Kejatuhan Kekuasaan Islam di Itali

July 9, 2009 Ghuraba' Leave a comment

Runtuhnya Benteng Al-Khalisa, Musnahnya Sebuah Peradaban Muslim Di Sicily

Sicily merupakan pulau yang terbesar di perairan Mediterranean, di ikuti dengan Sardinia, Cyprus dan malta. Sicily berhampiran dengan semenanjung itali dan hanya di pisahkan oleh selat messina yang sempit. Pulau ini pernah jatuh ke tangan berbagai-bagai empayer seperti, byzantin, Rom, Greek, Carthage dan juga empayer islam. Di antara emapayer islam yang pernah menguasai pulau ini adalah kerajaan Aghlabiah, Kalbid dan juga Fatimiyyah. Namun semua ini tinggal kenangan, ia pernah menjadi tempat lahirnya ramai tokoh islam antaranya Al Idrisi tokoh ahli pelayaran dan geographer terkemuka di zamannya, beliau telah berjaya menghasilkan glob dunia yang pertama dan antara yang terbaik baik di zamannya. Karya nya mempengaruhi henry the navigator putera raja Portugal sebagai ahli pelayaran yang dihormati serta terkenal dengan ekpedisinya merentas lautan ke dunia baru. . Karyanya juga banyak mempengaruhi King Rodger Ke-2 dan anaknya.

Jatuhnya Cyprus ke tangan pemerintah Islam semasa era Khulafa Ar-Rashidin, merupakan permulaan kepada penguasaan yang lebih kukuh di lautan Miditeranean, kejatuhan Malta merupakan titik tolak kepada penguasaan muslim di lautan tyranean, serta kejatuhan corsisca dan sardigna serta sicily merupakan saat kemuncak dan era gemilang

Sepanjang era penguasaan muslim selama hampir 270, Sicily telah berkembang pesat sebagai antara kawasan yang makmur di Mediterranean dan dilengkapi dengan pelabuhan yang strategik khasnya di messina dan Palermo, kota-kota yangg tersergam Indah, kepesatan ekonominya membawa kemakmuran bukan sahaja kepada penduduk islam di sicily tetapi tetapi kepada seluruh penghuni pulau tersebut, Masjid-Masjid yang indah sehingga Al-Madinah (Palermo) digelar Bandar 300 Masjid di zaman kegemilangan nya. Toleransi yang tinggi khasnya di tunjukkan oleh para pemerintah Aghlabiah, Kalbid, dan Fatimiyyah yang pernah menguasai pulau tersebut dan melayan penghuni bukan islam dengan adilnya. Sehinggakan gereja-gereja lama dikekalkan. Jizyah atau cukai yang dikenakan ke atas bukan islam adalah lebih rendah daripada apa yang dikenakan semasa pemerintahan kerajaan byzantin. Sesetengah para orientalis barat berniat jahat dengan mengatakan bahawa penduduk bukan islam dibebani cukai yang berat ke atas mereka, walhal semasa pemerintahan King Federick ke 2, umat islam di kenakan jizyah yang amat tinggi, yang amat membebankan sehingga dikatakan wang jizayah yang dikumpulkan daripada sarcens atau umat islam pada waktu itu, amat mengguntungkan kerajaan Sicily. Begitu juga sepanjang 270 tahun di bawah empayer islam, sicily muncul sebagai pusat ilmu terkemuka setanding al-andalus. Antara pusat ilmu dan universiti yang terkemuka di sicili, ialah sekolah perubatan salernitana, yang telah banyak melahirkan ramai pakar-pakar perubatan silam dan menjadi saksi ketabahan umat islam dalam mempertahankan pusat ilmu tersebut sehingga ke akhirnya.

Expedisi Dan Pembukaan Sicily

Serangan pertama ke atas Sicily di lancarkan sewaktu pemerintahan Mu’awiya B Abi Sufyan , yang pada ketika itu merupakan Gabenor Syria dan diketuia oleh Mu’awiya B Khudayj pada 652 dan juga pada 667 sewaktu Mu’awiya sendiri sebagai Amir al –Mukmin atau Khalifah . Serangan ini berlaku di sebabkan pada waktu itu Sicily dikuasai Byzantin, dan merupakan ancaman kepada emapayer islam, dan kedudukan sicily telah digunakan oleh Byzantine untuk mengamcam dan menyerang wilayah di bawah kekuasaan Umiayyah. Serangan dan penawanan ke atas Sicily sudah pasti akan memberi kelebihan dan menamatkan serangan Byzantine ke atas wilayah bani umaayyah seperti mesir, Ifriqiyya dan Tripoli.

Seperti yang dinyatakan oleh Alwi Alatas, dalam bukunya Muslim In Sicily,

“ the island became a permanent habitation for muslim and islamic civilization flourished for the next two centuaries, and became a smilling garden, proud of it science, trade and industry.

Beberapa serangan dari 669,703,728,729,730,731,733 tidak banyak memberi kejayaan,meskipun serangan dan penawanan ke atas Sicily direncanakan lebih awal namun ia masih tidak membuahkan hasil.

Hanya pada tahun 740 dan 753, serangan ke atas Sicily berjaya dilakukan di bawah pimpinan Gabenor Ifriqiya Ubaidullah Bin Habib dan juga anak nya Habib Bin Abi Ubaidullah berjaya menawan beberapa kawasan di Sicily, namun pada 753 mereka dipanggil pulang bagi memadamkan api pemberontakan yang dilakukan oleh kaum Barbar di Tunisia.

Oleh kerana, pemberontakan yang sering berlaku dan keadaan yang tidak tenteram di Afrika Utara, Maharaja Constatine V berupaya mempertahankan kedudukan Sicily dari serangan tentera Islam. Setelah itu hampir setengah abad tentera islam tidak menyerang sicily sebaliknya tentera Byzantine pula yang menyerang kawasan dan pesisir pantai di Afrika utara. Bagi mempertahankan wilayah di afriak Utara dari serangan tentera Byzantine, dua pengkalan tentera telah dibina bagi menagkis serangan tersebut, antaranya Tripoli dan Monastir pada 796.

Namun akhirnya pada 827, di bawah pimpinan kerajaan aghlabiayh yang di ketuai oleh Asad Ibn Furat, seorang Ulama mazhab Maliki yang terkenal telah memimpin pasukan tentera dari ifriqiyya dan berjaya menawan Mazara buat pertama kali nya dalam serangan yang bersejarah. Serangan tersebut telah membuka satu lembaran baru dan kejayaan bagi umat islam di sicily. Sungguh pun Asad Ibn Furat di katakana tidak pernah memegang sebarang senjata sepanjang hidup nya, namun dia berjaya mengetuai satu daripada peperanagn yang amat penting dalam pembukaan sejaran lembaran kehadiran umat islam di sicily.

Dengan ucapan yang bersemangat Asad Ibn Furat, menyatakan

“Tiada tuhan melainkan Allah, yang tiada sekutu bagi nya. Aku bersumpah, tiadalah aku dilantik atas perintah ini oleh ayah ku, atuu datuk ku, tetapi aku diberi tanggungjawab ini di sebabkan pencapaian ku dalam bidang ilmu dan bukan pedang. Aku menggesa kamu semua membebaskan diri mu daripada sikap tanpa usaha, kelemahan dalam usaha mencari pelajaran dan kebijaksanaan. Carilah ia, dan simpan lah ia, serta tambahlah ia di sepanjang perjalanan menempuh kesukaran, dan kamu pasti di jamin bagi kebaikan kedua-duanya di dunia dan kehidupan yang akan datAng”

Kejayaan ini merupakan sesuatu yang amat bermakna, kerana setelah sekian lama dalam usaha untuk menawan sicily, yang telah dimulai oleh Muawiyah Ibn Sufyan akhirnya pada sekitar Jun tahun 827 Mazara berjaya di tawan. Penawanan Mazara telah membuka peluang bagi umat islam menguasai keseluruhan Sicily.831 tentera Kerajaan Aglabiyah dengan bantuan dari Al-Andalus telah berjaya menawan Palermo, 834 Taormina berjaya di tawan. Di bawah pimpinan kerajaan Aglabiyah yang baru oleh Abu Affan, telah membuak satu dimensi yang baru, apabila berjaya menawan wilayah barat sicily yang meliputi Platani, Caltabellotta, Corleone, Marineo dan Geraci. 842 Messina berjaya di tawan begitu juga pada 845 Modica dan Ragusa 848. Di bawah pimpinan kerajaan Aghlabiayh yang mentadbir terus dari ifriqiyya, Sicily atau Shiqiliya telah di bahagiakn kepada tiga wilayah iaitu, Val di Mazara di sebelah barat, Val di Nato, dan Val di Demone di timur yang meliputi wilayah Catania.

Perkataan Val misalnya, bukan lah perkataan asal Latin, tetapi berasal dari perkataan arab, yang bermaksud provinsi, atau wilayah.

Di bawah penguasaan kerajaan aglabiyah, nama sicily harum mekar seindah haruman yang mewanggi, sungguh kepesatan ekonomi nya menarik ramai pedagang, di mazara misalnya, antara kota terindah di sicily, dengan istana, dan taman-taman yang begitu memukau pandangan mata, Mazara dan Palermo terkenal sebagai pusat perdagangan dan perniagaan antarabangsa, yang bukan sahaja didomonasi oleh pedagang islam tetapi juga kristian.

Kerajaan Yang Pernah Memerintah Sicily Dari 827-1060

1. Kerajaan Aghlabiyah Dari Ifriqiya (827-909)
2. Kerajaan Fatimiyyah (909 – 965)
3. Kerajaan Kalbid ( 965 -1040)
4. Emeriah Merdeka ( 1040 – 1060 )

Sicily Pada Zaman Kerajaan Aghlabiyah

Gabenor Kerajaan Aghlabiayh di Sicily digelar sebagai Amir, Wali, Atau Sahib. Dengan gabenor yang terakhir adalah Ahamd Bin Abi Hussain. Dari segi pemerintahan dan struktur pentadbiran kerajaan di Sicily, adalah tidak jauh berbeza seperti yang di amalkan oleh kerjaan Islam yang lain. Cuma ia berbeza dari segi struktur Majlis Perbandaran yang mana digelar sebagai Jamaah, dan dianggotai oleh ketua-ketua kaum bangsawan, kadi, para hartawan serta wakil dari penduduk tempatan sendiri.

Di bawah kepimpinan gabenor kerajaan Aghlabiyah di Sicily, mereka telah berjaya mewujudkan kestabilan ekonomi dan kepesatan perdagangan serta penghapusan cukai yang diamalkan oleh pemerintahn kerajaan byazantine sebelumnya, dengan menawarkan cukai yang lebih rendah dan ini salah satu factor pemangkin kepada kepesatan ekonomi yang dinikmati oleh penduduk Sicily.

Bagi menggalakan lagi kepesatan ekonomi, mata wang baru diwujudkan begitu juga di dalam khutbah jumaat, nama Amir Aghlabiyah disebut bersama Khalifah Abbasiyah di Bangdad.

Gabenor Kerajaan Aghlabiyah Yang Mashur 827-902

1. Abu Fihr Muhammad ibn Abd-Allah
2. Al-Aghlab Abu Ibrahim
3. Abbas ibn-Fadhl,
4. Jafar ibn-Muhammad,

Di bawah pimpinan para gabenor kerajaan Aghlabiyah, Sicily ditadbir dengan penuh gemilang dan penghormatan, dan di zaman pemerintahan para gabenor kerajaan Aghlabiyah, merupakan zaman yang paling efektif dan berkesan serta stabil dengan perluasan wilayah yang konsisten serta aman. Toleransi yang dizahirkan begitu tinggi, sehingga kan mereka amat disenangi baik dari golongan muslimin mahupun bukan muslimin. Ini dapat di lihat semasa pemerintahan gabenor Al-Aghlab Abu Ibrahim yang begitu dihormati oleh masyarakat Palermo dan Sicily, kerana telah berjaya membawa perubahan dan kesatbilan kepada mereka berbanding semasa zaman pemerintahan kerajaan Byzantine.

Sicily Pada Zaman Fatimmiyah

Menjelang tahun 909, berlaku pemberontakan ke atas pemerintahan kerajaan Aghlabiayh di Ifriqiya,Algeria, dan Sicily yang membawa kejatuhan kerajaan Aghlabiyah ke tangan Fatimiyyah.

Keluarga Fatimiyyah yang diketuai oleh Ubaidullah Al Mahdi telah berjaya mendapat sokongan kuat daripada kaum barbar di Tunis, dan akhirnya di lantik sebgai Khalifah pertama kerajaan Fatimiyyah yang berpusat di ifriqiya. Justeru itu, ramai di anatara kaum keluraga dan penyokong-penyokong kerajaan Aghlabiyah melarikan diri ke Sicily. Dengan bantuan bekas Amir Aghlabiayh yang disingkirkan, Ali bin Ahmad bin Al-Fawaris, telah berjaya menewaskan penyokong-penyokong keluarga kerajaan Aghlabiyah serta menangkap Gabenor Aghlabiyah yang terakhir Ahmad bin Abi Hussain.

Walaupun kerajaan Fatimiyyah berjaya menyingkirkan pengaruh Kerajaan Aghlabiyah, namun pada tahun 912 berlaku pemberontakan yang diketuai oleh Ziyadatullah bin Qurhub di Palermo yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan keluarga Aghlabiyah, dengan bantuan dari masyarakat barbar di Girgenti, mereka telah bersatu menentang kerajaan Fatimiyyah, dan akhirnya Ziyadatullah di lantik menjadi Amir yang baru.

Sepanjang pemerintahan Amir Ziyadatullah, banyak kejayaan besar di capai, dan sicily kembali ke era kegemilangan nya. Antaranya kejayaan menewaskan tentera Byzantine di Calabria, wilayah selatan Itali, sehingga memaksa Calabria membayar jizyah kepada Sicily. Sungguh kejayaan yang di capai oleh para Amir Aghlabiayh amat cemerlang sekali, jika dibandingkan dengan zaman pemerintahan wakil Fatimiyyah di Sicily, sesuatu yang luar biasa pada zaman pemerintahan kerajaan Aghlabiyah yang berpusat di Ifriqiya, setiap gabenor yang dilantik akan dipantau, dan setiap Amir yang lemah atau gagal menjalankan tanggungjawab dengan baik akan disingkirkan dan diganti dengan amir yang baru, dan setiap amir yang dilantik akan silih berganti, dan kebanyakan nya tidak akan memegang jawatan melebihi 10 tahun atau kurang satu tahun. Begitu juga jika berlaku sebarang pemberontakan oleh penduduk tempatan ke atas para Amir, di Sicily, ia akan diganti dengan Amir yang baru.

Sayang sekali api fitnah tidak pernah padam, kekacauan berleluasa, dan pemberontakan meletus kembali, kali ini golongan barbar dari girgenti meminta pertolongan dari Khalifah Fatimiyyah Al-Mahdi, dan akhirnya pada 917, Ziyadatullah ditangkap dan dihukum bunuh. Kemudian Al-Mahdi melantik wakil yang baru, Salim bin Rasyid dan selepas Al-Mahdi Mangkat, Salim bin Rasyid disingkirkan oleh Khalifah Al-Qaim dan diganti pula dengan Khalil bin Ishaq. Sungguhpun Kerajaan Fatimiyayh bermzahab syiah, namun ia tidak mempengaruhi penduuduk islam di Sicily.

Demografik pada zaman pemerintahan kerajaan Fatimiyyah di Sicily tidak banyak berubah, penduudk islam tetap bertumpu di Val di Mazara manakala penduduk kristian masih tertumpu di Val Demone.

Sicily Pada Zaman Kerajaan Kalbid

Dan sekali lagi, pemerintahan di Sicily bertukar tangan apabila Hassan bin Ali Al-Kalbi dilantik sebagai Amir sicily yang baru. Pada 947 berlaku pemberontakan oleh Bani Al-Tabari di Palermo, dan Hassan dilantik bagi menumpaskan Bani Al-tabari dan kemenangan berada di pihak Hassan bin Ali, dengan ini membuka peluang kepada Hassan bin Ali menubuhkan kerajaan Kalbid. Kerajaan Kalbid diberi kuasa oleh Khalifah Fatimiyyah bagi menguruskan pentadbiran di Sicily. Kerajaan ini tleh memerintah Sicily lebih 90 tahun. Sekalipun kerajaan Kalbid mewakili kerajaan Fatimiyyah bagi menguruskan pentadbiran di Sicily, namun dari segi perlantikan para Amir atau Gabenor di tentukan sendiri oleh pemerintahan kerajaan Fatimiyyah. Setiap Amir atau gabenor yang dilantik akan dinilai prestasinya, dan jika kelemahan didapati pada pentadbiran nya, Amir tersebut akan disingkirkan dan digantikan dengan Amir yang lebih berkebolehan serta diterima baik oleh penduduk Sicily.

Hubungan anatara kerajaan Kalbid dan Fatimiyyah sentiasa terjalin mesra dan erat, ini dapat dilihat semasa pemimpin pertama kerajaan Kalbid Hassan bin Ali, semasa Khalifah Fatimiyyah Al-Mansur jatuh sakit, Hassan kembali di Mahdiyyah, pusat pemerintahan kerajaan Fatimiyyah untuk memberi bantuan kepada kerajaan Fatimiyyah, manakala di Sicily pula, Hassan telah mewakilkan anak nya Ahmad mengambilalih pentadbiran kerajaan semasa ketiadaan nya.

Kecekapan Hassan bin Ali dan juga para pemimpin kerajaan Kalbid yang seterusnya amatlah dikagumi, ini dapat dilihat semasa pemerintahan Hassan bin Ali, beberapa expedisi ketenteraan telah berjaya dilakukan ke tanah besar Italy, beberapa buah Bandar di selatan Italy terpaksa membayar jizyah kepada kerajaan Kalbid di Sicily.

Keupayaan Hassan bin Ali, mempertahankan serangan dari Byzantine menunjukkan kecekapan beliau dalam ketenteraan, sehingga kemenanagn dicapai oleh Hassan bin Ali di Messina dalam peperanagn menentang Byzantine dengan angkatan tentera yang besar dari Armenia, Rusia, dan Thracia yang dipimpin olen Nicetas.

Rekod pentadbiran kerajaan kalbid, menyamai kemampuan semasa pemerintahan para Amir kerajaan Aghlabiyah. Di mana, dari sudut ketenteraan, ia dipertingkatkan dan juga kejayaan ketenteraan yang dicapai di selatan tanah besar amatlah membanggakan.

Penerimaan masyarakat Sicily terhadap pentadbiran kerajaan kalbid, amatlah baik berbanding pentadbiran kerajaan Fatimmiyah, di tambah pula pimpinan kerjaan Kalbid yang setia kepada kerajaan Fatimiyyah dapat membantu aktiviti angkatan laut kerjaan Fatimiyyah di kawasan perairan di situ.

Kesetiaan kerajaan Kalbid terhadap, kerajaan Fatimiyyah yang tidak berbelah bagi sejak awal lagi telah menyakinkan kerajaan Fatimiyyah dan seterusnya menerima gelaran terhormat dari mereka.

Namun begitu, pentadbiran kerajaan Kalbid menampakkan bibit-bibit kejatuhan dan kelemahan semasa era pentadbiran Ja’far dengan kelemahan nya dalam pentadbiran serta tidak mempunyai keupayaan yang tinggi seperti mana bapa nyaYusuf. Akibat peberontakan yang berlaku semasa pemerintahanya, Ja’far telah di pecat dan digantikan dengan Ahmad Al-Ak’hal . Al-Ak’hal merupakan pemimpin kerajaan Kalbid yang terakhir yang berkhidmat sebagai wakil kerjaaan Fatimiyyah di sicily sebelum terbunuh dalam satu pemberontakan yang diketuai oleh Abu Hafs, dari bani Ziri.

Di bawah pemrintahan pemimpin Kerajaan Kalbid yang terkahir, Al-Ak’hal mempamerkan keupayaan yang cemerlang dalam penatdbiran dan ketenteraan dan meneruskan legasi kerajaan Kalbid yang sebelumnya. Keupayaan nya terserlah semasa percubaan Byzantine menyerang Sicily di Reggio dengan pertolongan tentera dari Bani Ziri, Al-Ak’hal berjaya menewasakan gabungan tentera dari Bani Ziri dan Byzantine di perairan Reggio. Di bawah pentadbiran Al-Ak’hal, serangan ketenteraan dilancarkan ke atas, wilaayh Byzantine, kepulauaan Greek dan Thrace. Awan gelap menyelebungi Sicily apabila pemimpin Kalbid yang terakhir Al-Ak’hal terbunuh pada tahun 1038 dalam satu pemberontakan menyaksikan berkahirnya pemerintahan kerajaan Kalbid di Sicily, meninggalkan Sicily tanpa pemimpin dan kerajaan yang kuat. Saat itu, Sicily memasuki saat kehancuran yang bila-bila masa akan hancur.

Selepas Al-Ak’hal terbunuh, pada tahun yang sama 1038, tenetra Byzantine telah menyerang Messina dengan kekuatan tentera seramai 15000 orang di bawah pimpinan Maniakes. Maniakes hanya dapat menawan Messina selepas dua tahun mengepung kota tersebut walaupun diabntu oleh tentera Rusia dan Norman. Selepas itu, Byzantine menyerang lagi dan berjaya menawan Rametta, menyelang 1041, hampir semua kota Sicily jatuh ke tangan mereka.

Pada tahun berikutnya 1042, kerajaan kalbid berjaya berkuasa semula apabila berjaya menawan kesemua kota yang di tawan Byzantine di bawah pimpinan Hasan bin samsam atau Samsam Al-Daulah.

Selepas dua tahun pemimpin semula kerajaan AKlbid, Hasan disingkirkan maka berakhirlah kerajaan Kalbid di Sicily, menyaksikan kedudukan uamt Islam di Sicily semkain lemah, yang kenu7dian nya, sicily terbahagi kepada beberapa bahagian yang di kuasai oleh para pembesar.

Kejatuhan Yang Membinasakan Sicily

Berakhirnya kerajaan Kalbid di Sicily, menyaksikan kekosongan pemerintahan pentadbiran di Sicily, peluang ini digunakan oleh para pembesar Sicily, bagi memperoleh kuasa dan bertelagah sesama mereka. Sicily adalah pulau yang indah, kota nya dipenuhi taman-taman yang cantik, bangunan nya indah sekali seperti di di Cordova. Bumi nya kaya dengan hasil bumi yang bayak. Rakyat nya terdiri daripada golongan terpelajar dan berilmu. Terkenal sebagai salah satu pusat perubatan terulung selepas Al-Andalus, di zaman nya, merupakan permata indah lautan mediteranean, universiti perubatan Salernitana mengharum mekar, kota-kota nya melahirkan para ilmuan terulung dan terbilang serta menjadi impian bagi sesiapa yang ingin mengunjungi nya, kini saat kehancuran nya hampir tiba. Di antara tahun 1050-1060 Sicily terbahagi kepada 3 wilayah yang setaip satu nya dikuasai oleh para bangsawan. Antaranya Ibn Hawwas yang menguasai kawasan Castrogiovanni, Girgenti dan Castronovo. Ibn Al-Thumnah yag digelar Al-Qadir Billah menguasai Syracuse. Ibn Maklati di Catania, dan Ibn Mankud di sebelah barat. Persaingan wilayah antara pembesar, dan sikap rasa iri hati telah mendorong Ibn Al-Thumnah meminta bantuan Dari Norman menyerang Sicily. Tentera Norman menghantar Robert Guiscard dan Roger, mengatur serangan ke atas Sicily, tindakan bodoh oleh Ibn Thumnah telah menyebabkan kebinasaan dan kehancuran umat islam di Sicily, akibat serangan tersebut teramat perit untuk diluahkan melalui kata-kata, kesan nya, segala kemakmuran dan kegemilangan yang diperolehi sepanjang 270 pemerintahan muslimin ke atas Sicily, lenyap begitu sahaja, apabila 1060, tembok Al-khalisa di Messina yang mempertahankan Sicily daripada serangan luar, dapat dihancurkan oleh Rodger dan angkatan tenteranya, dan menjelang 1090 tiada lagi kawasan mahupun kota yang masih dipertahankan oleh kaum muslimin di Sicily.

Palermo kota 300 Masjid

Semasa Ibn Hawqal berkunjung ke Sicily pada 972, beliau menerangkan di dalam buku nya Al-Masalik wal Mamlik menggelarkan Kota Palaermo sebagai kota 300 masjid, majoriti umat islam pada waktu itu tertumpu di Val di Mazara dan sebahagian pula di wilayah yang lain seperti castrogiovanni dan juga geogenti serta di Val di Nato.

Bandar-bandar lain seperti Syracuse, Sciacca, Mazara, Castrogiovanni, Catania, Nato, Messina dan geogenti merupakan kota yang indah, laksana mutiara di atas lautan namun yang terindah pastilah Kota Palermo, ibu kota kerajaan Aglabiyah yang turut dikenali sebagai Al-Madinah, masjid nya adalah yang terindah iaitu masjid besar Palermo, gabungan senibina, roman, phoneician, Byzantine, dan arab, begitu memukau. Namun yang paling indah dan terindah adalah masjid solanto, yang disifatkan oleh Ibn Jubair sebagai antara yang terindah senibina nya, standing Masjid Cordova di sepanyol. Atas sebab itu, ibn jubair semasa kedatangan nya pernah menyatakan sicily sebagai “the daughter of Spain”.

Seperti yang pernah diungkapkan oleh Ibn Jubair.

‘’The capital is endowed with two gifts, splendor and wealth. It contains all the real and imagined beauty that anyone could wish. Splendor and grace adorn the piazzas and the countryside; the streets and highways are wide, and the eye is dazzled by the beauty of its situation. It is a city full of marvels, with buildings similar to those of Cordoba, built of limestone. A permanent stream of water from four springs runs through the city. There are so many mosques that they are impossible to count.

Namun sayang, pada waktu itu, bumi sicily bukan lagi menjadi milik umat islam lagi, yang tinggal hanyalah memori indah dan kemasyuran yang telah lama hilang. Sungguh pemerintahan kaum muslimin amat singkat sekali, sekitar 270 tahun bermula dari 827 sehingga 1060. kehancuran nya amat dasyat sekali, di saat-saat akhir pemerintahan kaum mislimin pimpinan kerajaan Kalbid berjaya ditumbangkan para gabenor di bunuh, fitnah menghancurkan Negara, iri hati dan perebutan wilayah di kalangan pembesar di bayar dengan harga yang begitu mahal sekali, dan akhirnya bantuan luar ditagih. Yang mana akibatnya amat la merugikan sama sekali, apabila pimpinan tentera Norman yang diketuai oleh King Rodger, melancarkan peperangan di selat messina, kota-kota di sepanjang wilayah sicily tidak mampu bertahan, sekalipon kedudukan yang kuat , dan benteng yang teguh tidak mampu mempertahankan sicily apabila messina, kota pertama jatuh setelah percubaan kepungan selama 3 tahun berjaya melumpuhkan kota Messina, kota terpenting dan strategic selama hampir 270 tahun dari mempertahankan sicily dari serangan dna ancaman luar mahupon dalam berjaya diruntuhkan. Tembok Al-khalisa runtuh, untuk sekian kalinya, dan bantuah dari Nato, Catania, tidak mampu menghalang serangan bertalu-talu daripada tentera Norman yang lebih tersusun dan aggressive. Kondisi yang di alami umat islam, di sicily amat lah buruk, di samping tiada bantuan yang di hantar oleh kerajaan Fattimiyah, serangan yang bertalu-talu oleh tentera Norman di sebelah utara serta permusuhan dan perebutan kuasa dikalanagn pembesar, telah melemahkan lagi kedudukan kaum muslimin di sicily. Umpama menanti maut di bumi sendiri begitulah diibaratkan keadaan yang menimpa uamt islam di italy. Dan menjelang akhir kurun ke sebelas, keseluruhan bumi sicily berjaya ditawan oleh tentera Norman, dan bermula lah kisah suka duka mereka di sana, apabila penduduk islam di Catania di bunuh, hanya kerana enggan dan tunduk kepada pemerintah Norman, namun itu hanya lah secebis kisah yang terpaksa mereka tempuhi demi meneruskan survival mereka di sicily.

Masyarakat Muslim Di Bawah Pemerintahan Kerajaan Norman

Umat Islam di Sicily terus kekal tinggal di bawah pemerintahan Kerajaan Norman, meskipun ada desakan dan percubaan daripada pihak pemeintah Norman dan Gereja dalam usaha menyebarkan agama Kristian di kalangan umat Islam di Sicily,namun kurang berjaya. Percubaan pertama dilakukan semasa pemerintahan King Rodger 1, atas desakan pihak gereja namun dihentikan semasa pemerintahan King Rodger 2. Di bawah pemerintahan King Rodger 2, dasar immigrasi besar-besaran telah dilakukan dengan menggalakkan perpindahan dari tanah besar Itali ke Sicily, sehingga mengakibatkan jumlah masyarakat bukan islam di Sicily lebih ramai berbanding umat islam sendiri. Sekalipun umat islam menghadapi kesukaran semasa di bawah pemerintah kerajaan Norman akibat dari rasa curiga di kalangan sesetengah masyarakat kristian di sana, namun mereka tetap menjalani kehidupan seperti biasa dengan sikap toleransi masih terbuka yang diamalkan oelh pemerintah Norman. Di bawah pemerintah King Rodger 2, Nasib umat islam lebih baik, dan warisan serta legasi kerajaan islam terdahulu dikekalkan serta banyak mempengaruhi mereka, terutamanya dalam perlaksanaan sistem politik, kehakiman dan bahasa, yang mana Bahasa Arab di jadikan sebagai bahasa rasmi kerajaan dalam pentadbiran di samping bahasa Latin. Raja-raja Norman fasih berbahasa Arab, serta menggunakan gelaran yang bermula dengan bahasa Arab, antaranya King Rodger 2, menggelarkan dirinya sebagai Nasrullah Nasrani atau pejuang agama kristian dengan gelaran rasmi Mu’tazz-bi-Allah begitu juga King William 1, dengan gelaran Al-Hadi bi-Amri-llah dan King William 2 sebagai Al-Musta’izz-bi-Allah. Di samping itu juga matawang kerjaaan Norman di sicily menggunakan mata wang Dinar yang menyerupai matawang dinar yang yang hampir sama dengan kerajaan Fatimiyyah. Zaman yang terbaik adalah semasa pemerintahan King Rodger 2, di bawah nya umat islam memiliki kebebasan beragama tanpa gangguan daripada pihak gereja serta dasar toleransi yang lebih baik berbanding raja-raja Norman yang seterusnya. Raja-raja Norman juga banyak menggalakkan umat islam menyertai kempen-kempen ketenteraan mereka, sebagai barisan hadapan ketenteraan dalam misi-misi di tanah besar di itali dan juga bagi menumpaskan sebarang pemberontakan yang dilancarkan umat islam sendiri di itali. Banyak pegawai-pegawai kerajaan berbangsa arab, dan memegang jawatan penting dalam pentadbiran. Mereka juga menyediakan peruntukan dan galakan bagi sarjana-sarjana muslim Sicili bagi penyelidikan mereka. Antaranya, Al-Idrisi tokoh penting sarjana muslim Sicily semasa pemerintahan King Rodger 2, yang telah menghasilkan Kitab Al-Rujari atau buku Rodger, serta pernah menghasilkan Glob dunia pertama yang diperbuat daripada perak dan diletakkan di perkaranagn istana Raja Norman. Begitu juga, sekalipun meraka mengamalkan dasar toleransi bersyarat, mereka tidak mampu menutup dasar-dasar ekstrem mereka terhadap umat islam, serta golongan para ulama. Sepanjang pemerintahan mereka, banyak masjid di musnahkan dan institusi ilmu di tutup. Tekanan yang berterusan telah mengakibatkan ramai umat islam melarikan diri ke sepanyol dan sekitar wilayah persisir pantai di afrika utara. Ramai para ulama sicili telah menyelamatkan diri dari tekanan pihak kerajaan Norman khasnya semasa pemerintahan King William 2, yang mengakibatkan jumlah penduduk islam semakin berkurangan sehinggalah pada 1260, apabila tiada seorang pun umat islam tinggal di sicily setelah setelah beberapa abad tinggal di bawah tekanan.

Masyarakat Muslim Di Bawah Dinasti Hohenstaufer Dan Genocide Terburuk Di Eropah.

Apabila dinasti kerajaan Norman diganti dengan dinasti Hohenstaufer pada 1190. Semasa pemerintahan King Federick 2,(1208 – 1250) Universiti Messina dan Padua telah didirikan bagi menggumpulkan buku-buku yang terdapat di dunia islam. Khasnya di Al-Andalus dan rantau asia barat dan afrika utara, bagi proses terjemahan dan ilmu. Di bawah pemerintahan King Federick 2, umat islam mengalami tekanan yang dasyat, dan akibat daripada tindakan King Federick 2 yang berhasrat menghapuskan umat islam di sicily, dan menjelang 1260 ramai umat islam telah dihalau dari sicili dan sebahagiannya seramai 30,000 telah dihantar ke tanah besar di Itali di Kota LUCERA, wilayah Apulia dan di arah membayar JIZYAH kepada kerajaan dinasti HOHENSTAUFER dengan cukai yang amat tinggi. Umat islam di kota LUCERA berjaya mempertahankan akidah dah agama mereka selama hampir 40 tahun sehingga 1300, apabila pada 15 Ogos mereka dibunuh dengan kejam, dan sebahagian dijual sebagai hamba. Pada ketika itu, seramai 100,000 jiwa yang tidak berdosa di bunuh atas arahan King Charles. Telah tercatat peristiwa ini sebagai genocide yang terburuk di benua eropah ketika itu. Apabila pembunuhan besar-besaran dilancarkan atas nama bagi membersihkan golongan saracen dan infidel di itali.

RUJUKAN
1. MUSLIM IN SICILY
2. ISLAM DI SEPANYOL DAN SICILY
3. MUSLIM HERITAGE IN SICILY
4. WIKIPEDIA-MUSLIM IN ITALY/SICILY

SEKALIPUN RATUSAN TAHUN MASA BERLALU, ST BASILICA, DI PALERMO, YANG PERNAH MENJADI MASJID BESAR PALERMO DI BAWAH TIGA KERAJAAN MUSLIM, AGLABIYAH, FATIMIYAH, DAN KALBID, TETAP UTUH, SEKALIPUN IA KINI BERTUKAR FUNGSI SEBAGAI GEREJA, TAPI SENI BINA ARAB TETAP UTUH PADA SENI BINA NYA, DENGAN AYAT-AYAT AL-QURAN MASIH KEKAL TERPAHAT DI TIANG HADAPAN PINTU MASUK NYA, DAN PENEMUAN TERBARU, PARA AHLI SEJARAH PADA TAHUN 2007 TELAH MENEMUI RUNTUHAN MASJID LAMA DI KOTA SALEMI SERTA RUNTUHAN BENTENG AL-KHALISA MASIH DAPAT DILIHAT KESAN NYA SEHINGGA KE HARI NI, SUNGGUH SICILY ATAU AL-SHIQILIYA MENINGGALKAN SERIBU KENANGAN, KEPADA MEREKA YANG INGIN MENGAMBIL PENGAJARAN…

SIKAP BURUK UMAT ISLAM, PADA MASA LALU HARUSLAH DIJADIKAN IKTIBAR, BUKAN KERANA MEREKA LEMAH, TETAPI SENGKETA, FITNAH, DAN KUASA MEROSAKKAN SEGALANYA…FITNAH DAN SENGKETA LAH YANG MENGHANCURKAN SELURUH EMPAYAR MEREKA..INI BERLAKU BUKAN KEPADA KERJAAN MUSLIM DI SICILY SAHAJA, TETAPI BERLAKU PADA KERAJAAN MUSLIM BARI DI WILAYAH APULIA, ITALY SERTA KERAJAAN MUSLIM GRANADA, APABILA KERAJAAN FEZ PADA WAKTU ITU MENGKHIANATI UMAT ISLAM GRANADA DENGAN MENANDATANGGANI PERJANJIAN DENGAN KERAJAAN PORTUGAL AGAR TIDAK MEMBERIKAN SEBARANG BANTUAN KETENTERAAN TATKALA KERAJAAN GRANADA DI SERANG OLEH PORTUGAL SEWAKTU RECONQUISTA BERLAKU, AKIBATNYA TANGGAL 2 JANUARI 1492 GRANADA MENYERAH KALAH SETELAH KEPUNGAN 14 BULAN YANG HAMPIR MENYEBABKAN SELURUH WARGA NYA KEBULURAN DAN SIKAP PENGECUT OLEH SULTAN GRANADA SENDIRI, YANG MENYERAHKAN KOTA GRANADA TANPA MEMPERTAHANKAN NYA, WALHAL BANTUAN DARI SISI ALLAH ITU ADA, JIKA DIA BERUSAHA, SEDANGAKN TATKALA ITU WARGANYA SANGGUP MEMPERTAHANKAN KOTA GRANADA DAN SELURUH WILAYAHNYA YANG TINGGAL TERMASUK ALBAYCIN DAN AKHIRNYA TINDAKAN SULATAN GRANADA TELAH MENYEBABKAN SELURUH WARGA GRANADA DALAM KESUSAHAN APABILA 1499 KERAJAAN RATU ISABEL DAN FERDINAND MELANCARKAN ‘MASS BAPTISM’ KEPADA SELURUH WARGA KOTA GRANADA SERTA MAHKAMAH INKUISISI YANG TELAH MENYIKSA PULUHAN RIBU UMAT ISLAM YANG TIDAK BERDOASA…