Penindasan terhadap kita?
1. Palestin
Kebanyakan dari kita berpendapat, dalam memberi reaksi terhadap isu ini, kita WAJIB memboikot produk2 Israel dan Amerika. Dan begitu halnya apabila setiap kali Islam dihina atau isu2 yang mengguris hati umat islam berlaku, BOIKOT dan BOIKOT!!!! Benarkah hukum boikot itu dalam klasifikasi WAJIB?
Jawapannya boleh, tetapi bukan wajib dan itu bukan jawapan bagi permasalahan ini. Dalam isu Gaza, perkara yang wajib dilakukan ialah bagi setiap pemimpin umat islam yang memiliki kekuatan ketenteraan, WAJIB ke atas mereka untuk menggerakkan segala keupayaan tentera melindungi darah umat Islam di sana. Sungguh hina para pemimpin umat islam seluruh dunia apabila hanya mampu duduk bersidang dan condemn dalam OIC yang secara logiknya pun semua orang tahu, ianya tidak pernah menggentarkan sedikitpu hati Yahudi laknatullah itu. Hosni mubarak, Perves musyarraf, Abdullah badawi, Susilo bambang yodoyono, dan kesemua pemimpin kaum muslimin yang berkuasa ke atas angkatan tentera masing2 telah melakukan perngkhianatan BESAR ke atas umat Gaza dengan memboikot mereka!!!!! Nyawa mereka seolah-olah tidak bernilai. Secara logik, sekiranya kita dalam keadaan ketakutan, tentera musuh datang menyerang kita dan keluarga kita, apakah yang kita harapkan dari saudara2 seIslam kita. BOIKOT barang2 musuh yang menyerang kita? Ubat ubatan yang berlori-lori? Duit derma jutaan ringgit???? Ucapan kondem yang langsung tidak membawa apa2 erti terhadap musuh2 yang hauskan darah itu?Tentunya TIDAK bukan? Apa yang diharapkan ialah datangnya penyelamat yang akan mengajar kebiadapan musuh2 kita itu. Same goes to Gaza. Alangkah bodohnya sekiranya seseorang itu beranggapan demikian.
Alangkah benarnya Hadis Rasulullah SAW: Umat Islam pada Akhir zaman akan dikerumuni seperti orang lapar mengerumuni hidangan makanan. Sahabat bertanya “adakah kerana bilangan kita sedikit ketika itu Ya rasulullah? Rasulullah menjawab, Tidak, bahkan sangat ramai. tetapi mereka umpama buih di lautan kerana mereka telah dihinggapi penyakit “Wahn” (cintakan dunia, takutkan mati)……
Jawapan kepada permasalahan ini hanyalah apabila Daulah khilafah ditegakkan dan Khalifah selaku Amirul mukminin akan memastikan segala kekuatan tentera akan dikerah bagi melindungi darah umat islam di mana sahaja ianya di cabul.
Sama-samalah kita saling menyedarkan antara satu sama lain, kewajipan mendirikan Khilafah itu WAJIB! Selama mana ia tidak tertegak, Israel akan selamanya terus biadap. Insyallah, kebangkitan ini PASTI akan muncul seperti hadis rasulullah SAW:
(simplified maksud): Umat Islam akan diperintah dalam 5 zaman.
1. Zaman bersama Rasulullah
2. Zaman khalifah ar rashidin (Abu bakar, Umar, Usman dan Ali)
3. Zaman para pemerintah yang menggigit (zaman kekhilafahan Umayyah, Abasiyyah dan Uthmaniyyah)
4. Zaman para pemerintah zalim (ZAMAN KITA SEKARANG!!!)
5. Zaman Khilafah yang akan berdiri di atas jalan kenabian
(… Huraian hadith Imam Ahmad)
2. Lembah Swat, Pakistan
Kisah kedua yang ingin saya kongsikan disini ialah tragedi berdarah Lembah Swat, Pakistan yang menunjukkan betapa hinanya para pemimpin Pakistan yang menyembah Amerika itu:
Pada 8 Mei, Perdana Menteri, Yousuf Raza Gillani telah mengisytiharkan perang di Lembah Swat melalui siaran televisyen ke seluruh negara, di mana katanya, “Demi kesucian tanah ini dan maruah negara, untuk menghapuskan golongan pelampau, untuk memastikan perlindungan kepada rakyat, pasukan tentera telah pun dikerahkan”. Walau bagaimanapun, apa yang Perdana Menteri pertaruhkan bukanlah untuk memastikan maruah negara terus kekal mahupun memberi perlindungan kepada rakyat, sebaliknya ia adalah untuk mengekalkan maruah pasukan penjajah Amerika dan mema
stikan survival Amerika di bumi Afghanistan, yang semakin merudum.
Adalah tidak mungkin untuk mengekalkan penguasaan ke atas Pakistan tanpa menghapuskan golongan Mujahideen, yang memerangi Amerika di Afghanistan. Meskipun pasukan pengecut Amerika dan NATO memiliki senjata terkini, mereka sesungguhnya takut untuk berhadapan walaupun dengan sekumpulan kecil pasukan Mujahideen yang serba kurang kelengkapan senjatanya. Tambahan pula, keadaan ekonomi Amerika kini secara berterusan mengalami kemelesetan meskipun pelbagai usaha telah dilakukan. Dalam masa yang sama di arena politik antara bangsa, Amerika telah kehilangan sokongan dari negara sekutunya dalam kempen penaklukan dan hegemoninya itu. Negara-negara seperti China dan Rusia secara terbuka melahirkan kebimbangan mereka tentang kehadiran Amerika di rantau itu. Dalam situasi begini, Amerika tentunya tidak akan mampu memberi nafas baru kepada kegagalan kempen mereka di Afghanistan secara bersendirian.
AS amat bergantung kepada tentera Pakistan untuk membantu mereka dari terus terjunam. AS menginginkan supaya tentera Pakistan berdiri di belakangnya dan secara sepenuh hati memberikan sokongan kepada peperangan penjajahan dan hegemoninya ini. Namun demikian AS mengetahui bahawa kaum Muslimin Pakistan memendam kebencian yang mendalam kepada mereka dan secara mutlaknya menolak kehadiran mereka di rantau itu. AS juga tidak berhasrat untuk menggerakkan tenteranya berperang atas nama ‘peperangan AS’. Tambahan pula, telah tersebar pandangan yang negatif di kalangan tentera Pakistan sendiri tentang peperangan AS. Semua perkara ini merupakan halangan dalam mendapatkan bantuan ketenteraan dari Pakistan. Oleh itu, adalah sesuatu yang amat perlu bagi AS untuk ‘mencipta’ suatu keadaan huru-hara dan ketakutan untuk membolehkannya memulakan operasi ketenteraan di Pakistan. Dari sudut lain pula, operasi ini juga memastikan bahawa Mujahideen yang berperang melawan Amerika di Afghanistan mengalihkan senjata mereka dari musuh sebenar, (yakni) Amerika, dan mengacukannya kepada saudara sesama Islam, (yakni) tentera Pakistan. Dalam pada itu, operasi ketenteraan ini juga adalah untuk menutup fakta bahawa punca kepada kacau-bilau ini adalah disebabkan oleh penjajahan haram AS ke atas Afghanistan, yang disokong oleh kerajaan Pakistan.
3. Xinjiang, China
Hari ini keadaan di Urumqi kembali tenang. Namun, apa yang berlaku pada hari Jumaat 10 July 2009 lalu, yang pada masa itu merupakan hari keenam keganasan terhadap umat Islam di Turkestan Timur oleh anggota tentera kerajaan China dan samseng daripada etnik Han dan telah mengakibatkan seramai dua ratus orang terkorban dan beratus-ratus lagi tercedera pasti tidak akan dilupakan. Konflik yang terjadi menjadi kemuncak permusuhan terhadap umat Islam apabila penguasa menghalang umat Islam daripada menunaikan solat Jumaat di masjid sambil menutup masjid utama di Urumqi iaitu ibukota wilayah Turkestan Timur atau lebih dikenali sebagai Xinjiang oleh penguasa dan rakyat China. Turkestan Timur adalah wilayah yang telah dibuka oleh umat Islam pada kurun pertama Hijrah, yang bersamaan dengan kurun ke-8 Masihi, tetapi telah ditawan semula oleh China pada tahun 1949.

Wahai umat Islam; apakah yang mengakibatkan China boleh menduduki wilayah umat Islam itu? Dan apakah yang menyebabkan penguasa China berani melakukan keganasan dan penindasan ke atas umat Islam? Dan kenapakah umat Islam merupakan sasaran mudah kepada jenayah para penindas-penindas? Dan apakah yang menyebabkan umat Islam menjadi sasaran eksploitasi, walaupun oleh mereka-mereka yang tak ada kuasa tetapi disokong oleh kerajaan China? Dan kenapakah wilayah umat Islam merupakan tempat di mana nyawa dan darah umat Islam – khususnya yang tua, wanita dan kanak – adalah amat murah, tempat di mana suara-suara yang merintih sering kedengaran, tempat di mana berlakunya perpecahan untuk dieksploitasi oleh golongan musuh dan juga yang oleh kelompok yang bersekutu? Kenapakah kebanyakkan umat Islam seluruh dunia pada hari ini adalah lemah dan miskin, walaupun wilayah mereka mempunyai kekuasan dan kekayaan?
Wahai umat Islam, bagi setiap orang yang mempunyai perasaan, pendengaran dan penglihatan, segala perkara yang berlaku di atas hanya ada satu sebab, iaitu umat Islam telah kehilangan pemimpin yang menjaga kebajikan umat. Mereka telah kehilangan Imam yang melindungi mereka dan berperang di belakangnya, sabda Rasulullah Salallahu alaihi wa Sallam:
“Imam adalah perisai, di mana kamu berperang di belakangnya dan berlindungi dengannya” [H.R. Muslim]
Jadi, umat telah kehilangan Khalifah yang mempertahankan kesucian Islam dan melindungi perbatasan negara umat Islam. Tiada lagi Khalifah Mu’atasim untuk menjawab rintihan daripada yang merana, tertindas dan dianyai!
Jumlah umat Islam sekarang ini adalah satu setengah billion (seorang setiap empat penduduk dunia adalah muslim), tetapi tidak ada satu pun kerajaan negara umat Islam pada hari ini yang memerintah dengan apa yang Allah perintahkan dan melaksanakan Jihad ke atas musuh-musuh Allah tetapi umat mempunyai penguasa yang memerintah selain daripada Islam dan memerangi rakyatnya sendiri yang terdiri daripada orang-orang beriman yang berusaha untuk menegakkan syariat Islam sebagaimana yang dibawa oleh RasulNya.
Para penguasa kaum muslimin pada hari ini bahkan dapat melihat dan mendengar rintihan umat Islam di Turkestan Timur, tetapi mereka tidak mengumpul kekuatan untuk membela umat Islam di sana, ini adalah disebabkan mereka adalah buta, tuli dan tidak mempunyai perasaan. Mereka hanya pandai berkata-kata, tetapi tidak ada tindakan yang dilakukan, namun yang anehnya, mereka tetap mengakui bahawa mereka berbuat kebaikan.
Dan perkara-perkara yang terjadi kepada umat Islam adalah disebabkan oleh perbuatan para penguasa mereka: Umat Islam ramai dalam jumlah mereka tetapi tidak berkesan sama sekali, seperti buih di dalam lautan, benarlah apa yang disabdakan oleh Rasulullah Salallahu alaihi wa Sallam;
“Tidak, kamu adalah sangat ramai pada waktu tersebut, kamu adalah seperti buih di dalam lautan dan Allah akan menghilangkan rasa takut musuh-musuh terhadap kamu dan kamu akan dijangkiti oleh penyakit Wahan”. Dan Rasulullah ditanya, “Apakah Wahan?” Beliau berkata, “Kecintaan kepada kehidupan dunia dan takut kepada mati” [H. R. Abu Daud]



Newest Comments